ALU-ALUAN KETUA PANITIA

ASSALAMUALAIKUM… Selamat datang ke PORTAL WEB Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF, Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, Bkt Mertajam,P.Pinang. Tujuan portal ini diwujudkan adalah untuk memberi penerangan mengenai aktiviti dan perjalanan program panitia.Selain itu banyak kandungan ilmu yang kami sediakan di dalam portal ini. Diharap dengan portal sebegini dapat merangsangkan lagi minda murid SKTL sejajar era ICT dan globalisasi. -J-QAF PULAU PINANG TANPA GAGAL- SEKIAN.WASSALAM -UST WAN MUHD ASRI

TAQWIM

INFO SKTL

SKTL TERLETAK DI DALAM PPD S.PERAI TENGAH. LOKASINYA DI TENGAH-TENGAH PERJALANAN ANTARA PENANTI DAN PEKAN BKT MERTAJAM. j-QAF DISINI BERMULA 2005. MEMPUNYAI MURID SERAMAI 1083 ORANG DENGAN 2 SESI PERSEKOLAHAN.

epelaporan jqaf okt 2011

musim pengisian epelaporan jqaf utk okt 2011 sudah bermula.
sedikit perubahan versi utk e-sekolah.gunakan v11.4
klik SINI utk download.
selamat mengisi dgn penuh ceria n senyuman ;) Read More...

puasa vs tutp aurat

Ali : Awak puasa?


Minah : Yela..

Ali : Kenapa awak puasa?

Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..

Ali : Kenapa tak tutup aurat?

............Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..

Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah)

Renung-renungkan dan selamat beramal yea kawan2... Read More...

Sosej Babi Halal? Anda Mesti Berhati-hati Selepas Ini

kredit OHDUNIAKU.COM


Terbaru, terdapat bukti awal gambar sosej babi yang dikesan mempunyai dan tertera logo halal Jakim pada produk tersebut. Hai….telan air liur dibuatnya….Adakah pasaraya tersebut tak screen dahulu produk-produk seperti sebelum dijual kepada umum? Pasaraya manakah agaknya ini? Jenama apakah yang dimaksudkan mengaitkan dengan sosej babi ini?



KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”






Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej babi di sebuah pasar raya, di sini. Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.






Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya



‘chorizo’ = vavi



Satu lagi perkataan dipelajari hari ni……..Istilah-isitlah lain berkaitan babi dalam Bahasa Melayu, perkataan babi atau khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam Bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istlah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:



Pork: Istlah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi

Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg

Hog: Istlah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg

Porcine: Istlah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

Boar: Babi liar

Sow: Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan

Lard: Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun

Bacon: Istilah yang digunakan untuk daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan garam. Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi

Ham: Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan.

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi ini, istlah Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal daripada babi. Mungkin ramai orang melayu yang tdak mengetahui bahawa label ubat seperti ubat batuk yang bertulis “This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini mengandungi bahan dari babi”, atau label yang menyatakan



“The source of gelatn capsule is porcine” bermaksud “Kapsul dari gelatin babi”. Read More...

BISMILLAH 5 SBG PENDINDING DIRI

Read More...

BANTING BAHASA ARAB KSSR - RM500

BANTING B/ARAB KSSR THN 1
1 SET 10 KEPING-RM500 SHJ
1 BANTING 1 TAJUK
RINGKAS TAPI PADAT
PEMBELIAN CASH@ L/O
CALL 014-9437202 UTK TEMPAHAN
PENGHANTARAN SELURUH M'SIA
Read More...

6 Keadah Mengelak Kena Sihir

Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum Sleep
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa

dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum Sleep, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah Sleep dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik) Read More...